Friday, September 2, 2016

Aku dan Politik


Aku bukanlah ahli politik, kalau boleh aku tak mahu ambil port langsung mengenai politik di Malaysia. Biarlah ahli-ahlinya yang membuat kerja. Aku memang tak berminat dan serabut untuk memikirkan masalah-masalah yang tidak pernah ada penyelesaian, perkelahian yang tidak pernah ada noktah. Namun, kata kawan aku, “kalau kita tidak peduli mengenai politik, sampai masa kita juga akan terheret sama dalam dunia mereka. Tengok saja apa yang terjadi sekarang, GST, penurunan mata wang, kos sara hidup yang semakin tinggi, penindasan tanpa sedar, dan macam-macam lagi yang dibuat oleh mereka”.

Dengan sebab-sebab tu semua, aku cuba juga untuk telan walaupun aku tahu kelatnya dunia politik ni, supaya aku tidak diperbodoh-bodohkan oleh sesetengah ahli politik yang mengambil kesempatan di atas ketidakpedulian rakyat terhadap dunia mereka. Ada yang direct tanya aku ni sokong parti mana? Seriously aku sendiri pun masih dalam membuat kajian dan penilaian. Ada yang bagitahu dia konfius tak tahu nak pilih parti mana bila mengundi nanti. Aku juga alami perkara yang sama, tak tahu nak pilih yang mana. Tapi aku berpegang pada satu kata-kata yang menjadikan aku jelas hala tuju dalam perjuangan kehidupan ni.

“Kamu sekalian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas. Kamu sebenarnya adalah suatu roh baru yang mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al-Quran. Kamu adalah suatu suara yang bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah SAW.
Andainya kamu ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada kamu, ini adalah politik. Katakanlah inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti ini.
Andainya mereka mengatakan kamu penyeru revolusi. Katakanlah, kami adalah penyeru kebenaran dan kedamaian. Jika kamu mengganggu dan menghalang dakwah kami, Allah telah membenarkan kami mempertahankan diri dan kamu adalah pengacau yang zalim. Andainya dikatakan kepada anda; kamu meminta bantuan dari orang tertentu atau mana-mana pertubuhan. Katakanlah, kami hanya beriman kepada Allah sahaja dan kami kufur dengan segala sekutu-sekutu. Jika mereka berkeras meneruskan permusuhan mereka, katakanlah.. kami tidak mahu orang-orang yang jahil.” [Antara Semalam dan Hari Ini : Hassan al-Banna]

Ya, aku tidak tahu pembahagian seperti itu. Kamu ingin golongkan aku dari golongan wahabi, aswaja, pas, amanah, umno, dap, ikram, isma, dan sebagainya. Golongkan! Tapi, aku jenis orang yang tak pernah kisah. Yang penting aku faham apa yang aku pegang dan apa yang ingin aku bawa. Dan, pada penulisan blog aku ni, bukanlah ingin memberi tahu perlu menyokong golongan itu atau ini, tapi supaya jelas perjuangan kita, iaitu menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar.

Jadi kami nak pilih siapa bila pilihan raya nanti? Masa masih panjang ya akhi dan ukhti, buatlah kajian dan penyelidikan siapa yang lebih ke depan dalam menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran serta tengoklah akhlak-akhlak mereka yang kamu ingin berikan amanah untuk menjaga kamu, keluarga, saudara mara serta sahabat handai, apakah apabila diberi amanah dan tanggungjawab mereka mampu memikulnya.

Cuba dekati mereka dan bergaul dengan mereka, kamu akan kenal satu per satu akhlak mereka, ada yang cakap tak serupa bikin, ada yang buat something sebab untuk dapatkan something di belakang, dan ada juga yang zuhud di depan tapi di belakang cukup action, ada yang luar dan dalam sama, dan ada juga betul-betul ikhlas dalam perjuangan ini. Jadi, buatlah homework sikit untuk kesejahteraan generasi kita.

Penatlah nak kena buat kajian bagai.. It’s up to you, kalau kamu rase kamu sayang kepada generasi-generasi kamu, generasi anak-anak kamu dan generasi seterusnya, berusahalah membuat perubahan ke arah yang lebih baik, kerana perubahan itu tidak datang hanya dengan kamu menggoyang kaki dan berpeluk tubuh semata. Ianya memerlukan pengorbanan, dan aku yakin dan percaya kita mampu membina Malaysia yang lebih baik, inshaAllah.

Segala puji bagi Tuhan
Hadir Muhammad bawa kebenaran
Walau diseksa dihina
Takkan sekali ku berpatah arah
Untukmu agamamu
Untukku kebenaran Tuhanku

Seksalah jasadku
Takkanku tunduk pada kejahilanmu
Kerna mengalir di seluruh tubuhku
Kalimah Tuhan dari lidah Rasulku
Dan itu yang ku percaya

Deritaku menjadi saksi bisu
Tanda kasihku kepada Yang Terulung
Walau disirami debu yang menangis
Genggamku ini takku lepaskan
Panaslah sang mentari
Lafaz kalimah takkanku henti
Bersaksilah Tuhanku satu

[Kesaksian : Brothers]

No comments: