Monday, May 4, 2015

Street Dakwah in Kelantan


Sudah lama nak tulis mengenai pengalaman join Street Dakwah yang diadakan di Kelantan, namun baru sekarang berpeluang. Kalau nasi maybe dah basi, tapi pengalaman akan sentiasa menjadi penguat semangat kita untuk mengharungi masa yang akan datang.

Aku bukanlah seorang guru, jauh sekali seorang ustaz, namun aku join Program Street Dakwah adalah bagi memperkenalkan pada diri sendiri, kerja-kerja yang pernah dilalui oleh para dai'e. Jika kita tidak melalui sebagaimana yang mereka lalui kita tidak akan faham, kita tidak akan mengerti sesukar mane kerja dakwah yang telah mereka lalui.

Pada awalnya aku takut-takut untuk join, sebab dengan keterbatasan ilmu agama yang aku ade. Kalau disoalnye aku soalan yang pelik-pelik conferm kelu lidah tak terkata. Namun aku cuba memujuk diri, sekurang-kurangnya aku dapat belajar dari brothers yang dah berpengalaman dalam bidang ni. Mujur aku ditakdirkan berada dalam kumpulan yang mahir, jadi aku just perhati dan belajar apa yang mereka lakukan.

Mad'u yang pertama alhamdulillah dapat feedback yang baik. Dia seorang lelaki chinese yang menjual CD dalam kedai di tepi jalan. Dia suka diajukan soalan. Dulu dia pernah beragama namun sekarang tidak. Katanya dia dah buang semua rantai dan lambang-lambang keagamaan. Sambungnya dia masih belum tergerak hati untuk memeluk Islam. Takpelah hidayah itu milik Allah, sekurang-kurangnya kita telah memberitahu kepadanya mengenai Islam.

Namun, perkhabaran gembira baru-baru ini setelah beberapa kali teman dalam street dakwah menziarahi uncle tersebut. Dia (uncle) meminta Al-Quran dalam bahasa Chinese. Alhamdulillah, semoga dengan usaha tersebut menjadi asbab untuk lelaki chinese itu memeluk Islam, inshaAllah.

Satu lagi pengalaman yang ingin aku kongsikan adalah mengenai seorang remaja perempuan yang bekerja di DiGi. Banyak soalan yang diajukan namun, apa yang ingin aku kongsikan di sini apabila dia menyangka bahawa Melayu dan Islam itu adalah satu benda yang sama. Dari situ salah seorang dari group kami perbetulkan semula perspektif dia terhadap Islam dan Melayu. Melayu adalah bangsa dan Islam adalah agama.

Kalaulah itu perspektif masyarakat terhadap kita orang Melayu Islam, maka lebih besar tugas kita untuk memperbetulkannya kembali. Kerana kita tidak mahu keburukan yang dilakukan oleh orang Melayu merosakkan pandangan masyarakat terhadap Islam. Mungkin kita faham, namun realitinya masih ada yang tidak faham.

Selepas selesai membuat street dakwah, semua kumpulan diminta buat perkongsian pengalaman. Salah seorang wakil dari setiap kumpulan diminta berkongsi pengalaman-pengalaman mereka. Ada satu perkongsian dari salah satu kumpulan akhawat yang menarik yang ingin aku kongsikan, iaitu apabila mereka diuji dengan permulaan mad'u-mad'u yang tidak ingin memberi feedback. Semuanya mengelak daripada ditemubual.

Salah seorang dari ahli kumpulan tersebut menyumbangkan idea untuk memberi wang bagi membeli masa mad'u tersebut. Kreatif, semoga ia menyebabkan pemuda itu berfikir bahawa apa yang ingin disampaikan itu lebih bernilai dari wang ringgit. Mereka menanyakan pemuda tersebut mengenai pandangan beliau terhadap Islam.

Pemuda tu kata Islam is terrorist. Hmm, ada lagi fahaman macam tu di Malaysia kan? Di bumi serambi Mekah pulak tu. Ahli kumpulan akhawat tersebut membalas dengan soalan "Awak tahu tak siapa yang mulakan serangan? Awak tahu tak siapa yang serang siapa?" Selepas itu ahli kumpulan tersebut menceritakan perkara sebenar yang berlaku. Semoga dengan penjelasan yang diberi mampu menyampaikan kefahaman terhadap pemuda tersebut dan semoga Allah memberikan hidayah kepadanya, inshaAllah.

Bukan mudah itu kita menyebarkan ajaran Islam. Aku tidak dapat bayangkan betapa sukarnya Nabi Muhammad SAW menyebarkan dakwah suatu masa dahulu, bukan setakat orang tidak mahu dengar, tetapi dicaci, dihina, dibaling batu, diletak tahi unta di atas kepala, Allahurabbi. Hebat dan ikhlasnya Rasulullah dalam menyebarkan Islam tanpa menghiraukan apa yang mereka lakukan, apa yang penting Islam sampai kepada manusia-manusia yang ingin menerimanya.

Buat manusia yang sudah bergelar muslim, hargailah Islam yang sudah sampai kepada kita. Sukarnya orang-orang dulu mempertahankan Islam bagi dapat dikecapi oleh kita pada zaman sekarang. Mungkin kita tidak dapat merasai detik-detik sukar itu. Namun, selaklah helaian sejarah, kamu pasti temuinya. Kalaupun kamu tidak dapat merasainya, hayatilah kisah tersebut dengan mata hati, inshaAllah ia akan memberi kefahaman yang jelas terhadap apa yang berlaku.

Akhir kalam, semoga kita semua dapat berkongsi kebaikan yang ada pada Islam dengan semua makhluk Allah di muka bumi ini, inshaAllah

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjauNya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela

No comments: