Monday, July 13, 2015

Sebuah Pencarian

“Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari.” [Saidina Umar Al-Khattab R.A.]

Kata-kata Umar di atas sering mengingatkan aku bahawa hidup ini sering kali memerlukan tujuan. Bila kita tidak tahu apa tujuan kita buat sesuatu perkara, kita tidak tahu dimana penghujungnya, kita akan mudah putus asa dan putus harap. Senang cerita, kita naik kereta tapi tak tahu nak ke mana, kita bermain bola tapi tiada gol. Semua tu merugikan masa dan fikiran kita.

Jadi apa yang perlu kita buat, wujudkan tujuan hidup dalam hati dan fikiran kita. Sebab itu Allah mengajar kita menjadi seorang hamba yang kuat pegangannya. Apabila kita kuat pegangan marilah ujian macam mana sekalipun kita tidak akan mudah goyah, jauh sekali putus asa. Firman Allah SWT;

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. [Aal-e-Imran: 103]

Tali Allah lah yang paling kuat, yang tidak ada keraguan padaNya. Yang sentiasa ade sebab untuk kita mempercayainya. Yang mampu untuk kita jadikan sandaran setiap kali hati ini bertanya hidup ini apa tujuannya, dari mana aku datang, dan ke mana ingin aku tuju. Jadi, apa jua yang kita ingin lakukan dalam hidup ini biarlah ianya mempunyai reason. Supaya kalau kita hidup seribu tahun sekalipun, ianya tidak sia-sia, malah memberi makna pada diri sendiri dan orang lain. Wallahuaklam..

No comments: