"Telur separuh masak apa macam ni? Macam ni la jadinya kalau suruh aw jaga" sindir seorang suami. "Bukankah kau tahu kesukaan aku adalah belacan?? Mengapa kau masak sayur asam tak campur belacan!" Herdik seorang suami di dalam cerita 'Seniman Bujang Lapok'. Itulah antara sindiran, makian juga tengkingan yang diacu kepada seorang isteri apabila masakan atau perbuatan yang tidak kena dengan kehendak si suami. Mode aku yang baik pagi ni berumah muram bercampur geram apabila mendengar seorang suami menyindir masakan isteri, malah menuduh bagaikan selama ini satu benda pun yang isteri buat tidak menjadi. Walhal sebelum ni isterilah yang mengemas rumah, membasuh kain, memasak dan menjaga anak, malah sibuk dengan kerja pejabat bagi isteri yang bekerja. Kenapa satu kesalahan dilihat seribu, padahal satu kebaikan belum tentu dipandang satu.
Aku sering mengingatkan diri agar jangan sesekali memandang seorang isteri dengan pandangan seorang majikan dengan pekerjanya, kerana isteri bukan hamba atau kuli. Aku simpati dengan perempuan yang bertukus lumus menyediakan keperluan untuk suami tetapi dibalas dengan herdikan juga cacian. Isteri seorang manusia bukannya robot untuk sentiasa melakukan kerja dengan perfect tanpa ada satu kesilapan pun sepanjang dia hidup bersama kamu. Dia juga mempunyai emosi, akal dan perasaan sebagaimana manusia lain. Aku teringat akan kisah Aisyah (isteri Nabi Muhammad) yang cemburu terhadap madunya sehingga menepis masakan yang diberi hingga pecah pinggan tersebut. Aku cukup tertarik dengan tindakan nabi, yang memahami perasaan si isteri yang just mengatakan "Ambillah pinggan ini untuk menggantikan pinggan yang pecah, sesungguhnya ibu kamu sedang cemburi" kata nabi kepada pembantu rumahnya yang menjadi wakil penghantaran makanan tersebut.
Itulah tindakkan Nabi yang melihat isterinya sebagai seorang manusia, yang mempunyai perasaan. Sabda Nabi Muhammad saw
"Sebaik-baik kamu ialah mereka yang baik dengan isterinya, dan aku adalah orang paling baik dengan isteri-isteriku."(Riwayat al-Tarmidzi, Tuhfatu al-Ahwaziy, jilid: 4, halaman: 325). Jadi sentiasalah pandang isteri dengan pandangan kasih sayang. Dan berbuat baiklah kepada isteri sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah, letakkan Nabi sebagai mentor, inshaAllah akan damailah rumah tangga. Tidak akan berkurang sedikit pun kedudukan kamu di sisi isteri jika kamu berbuat baik dengannya. Buangkan ego (si perosak) yang akan menghancurkan kebahagiaan kamu dan isteri.
No comments:
Post a Comment