Just nak kongsi 1 kisah tentang seorang hamba Allah. Seperti manusia biasa sebelum lahir ke dunia dia terpaksa bersaing dan berlumba dengan sperma lain bagi memperolehi sebuah kehidupan. Alhamdulillah dengan usaha dan takdirNya dia dilahirkan ke dunia. Namun bukan tentang perlumbaan yang saya ingin ceritakan tapi tentang TERUS ASA. Pada usia 6 bulan dia sudah mampu mengesok, walaupun perlahan tapi dia tidak pernah menjadikan kelemahan itu sebagai satu alasan untuk dia berhenti dari berusaha memperolehi apa yang dia lihat hatta susah dan selalu gagal dalam mendapatkannya. Lama kelamaan dia mampu mengesok lebih laju dari biasa, dan akhirnya mencecah usia 8 bulan dia mampu merangkak. Dengan merangkak dia memperoleh satu kelebihan iaitu mampu bergerak laju dalam sebuah perjalanan. Kelebihan itu tidak pernah pula membuatkan dia lupa atau malas dalam berusaha. Berpuluh-puluh kali dia jatuh dari berdiri, berbulan-bulan dia berusaha untuk terus bangun. Sifat terus asa tidak pernah luntur dalam hatinya, bahkan kegagalan itu membuatkan dia terus ingin mencuba, kerana dia lihat orang lain mampu, kenapa tidak dia? Hampir 4 bulan dia berusaha untuk berdiri dan akhirnya dia mampu berdiri seperti orang lain dan DIA LAH KAMU.
Allah telah fitrahkan sifat terus asa dalam hati kita semua, tinggal saja macam mana kita menjaganya, sama ada terus dibuai oleh merdunya alunan situasi atau mengikut rentak emosi. Kini kita sudah mampu berfikir sendiri. Allah telah memberi kita akal untuk kita membuat pilihan sama ada mahu memilih lilin atau epal (keburukan atau kebaikan) untuk kita jadikan teman perjalanan. Jangan jadikan kelemahan sebagai hijab untuk kita terus, terus dan terus berusaha. Dan janganlah jadikan kelebihan itu menyebabkan kamu rasa cukup dan malas dalam mencapai apa yang diharapkan. Ingatlah! Allah tidak pernah menghampakan kita dalam apa jua situasi. Be the proactive bila kita berada dalam situasi malas, kecewa dan resah cause we can PAUSE IT! for think it. Teruskan berusaha dalam menggapai apa yang kita dambakan kerana usaha itu tidak pernah sia-sia jika kamu orang-orang yang berfikir.
"Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf: 87).
Ke arah satu perjalanan,
Dalam sebuah kehidupan,
Demi untuk mengecapi,
Hasrat murni di dalam hati.
Usaha dengan doa,
Masanya akan tiba,
Dengan restu Illahi,
Kelak pasti akan ditemui.
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah),
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah),
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh,
Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya di sisiMu ku berserah,
Terimalahku hambaMu Allah.
Sekiranya takdir menguji,
Cekalkanlah hasrat di hati,
SEMOGA KESUSAHAN BISA,
MENGAJAR ERTI TERUS ASA.
Dengan restu Illahi,
Kelak pasti akan ditemui..
No comments:
Post a Comment