Wednesday, July 27, 2011

Antara Bimbang & Pasrah

Petang tadi sedang belek-belek status kawan terjumpa kata-kata ni:

“No amount of guilt can change the past & no amount of worrying can change the future. Go easy on yourself, for the outcome of all affairs is determined by Allah's decree. If something is meant to go elsewhere, it will never come your way, but if it is yours by destiny, from you it cannot flee.” --Umar Ibn al-Khattab (RA)

Aku faham sedikit sebanyak ayat tu tapi sangat tak berpuas hati dengan tafsiran sendiri. Aku pun cuba google mengikut translate bahasa melayu Mcfly mana la tahu jumpa yang original melayu punye. Puas menggoogle tapi tak jumpa jugak. Aku sangat-sangat nak tahu apa jawapan di sebalik kata-kata tu sebab dengan tafsiran aku yang ciput ni pun memberi makna yang mendalam pada aku. Tambahan pula Umar Al-Khattab merupakan antara favorite character dalam hidup aku. Fikir punya fikir last-last kena tanya yang empunya status juga ni. Buka je ym, mujur la dia online senang sikit kerja hehee. Kebetulan masa tu dia ada kerja sikit. So, aku tunggu sampai dia siapkan kerja. Takpelah lambat sikit pun sebab nak tahu kata-kata Umar Al-Khattab punya pasal kan. 15 or 20 minit lepas tu dia hantarkan tafsiran yang bertype:

"maksudnye lebih kurang begini, " Sebanyak mana sekalipun kita menyesal/rs bersalah ttg silap, kita tetap xkan mampu mengubah masa lampau kita, dan tidak kira sebanyak mana sekalipun kebimbangan, kita tetap tak akan mampu mengubah masa hadapan. Jangan bebankan diri dgn penyesalan & kebimbangan yg terlampau, kerna setiap sesuatu dah ditentukan Allah. Jika sesuatu itu mmg bkn utk kita, so dia tetap xkan dtg pd kita, dan jika sesuatu tu mmg dah di takdirkan utk kita, ia tetap takkan lari dr kita,,tetap akan jd milik kita'" ..itu secara literalnya lah,,wallahualam."

Alhamdulillah sangat berpuas hati dengan penerangannya. Thank atas penjelas tersebut. Tambah dia lagi:

"mcm konsep redho jugak, sama ada kita redho atau tak, perkara tu tetap berlaku, jadi lebih baik kita memilih utk redho, pertama pahala pun dapat, kedua, hati pun tak terbeban dgn kegelisahan dan kebimbangan. wallahualam. indah sebenarnya menjadi mukmin.."

Memang betul indah menjadi seorang mukmin kerana jika kita berpegang teguh pada Al-Quran & As-Sunnah, walau sebuntu manapun kita bila berdepan dengan segala macam masalah kita akan diketemukan dengan jalan penyelesainya, inshaAllah.

No comments: