Friday, July 29, 2011

Hari Kelahiran & Hari Kematian (29 Julai)

29 Julai, ia mengingatkan aku akan sebuah kehidupan dan sebuah kematian. 18:00pm, 29 Julai 1990 dengan sifat Ar-Rahimnya Allah yang dipercikkan kepada ma dan abah, aku dilahirkan ke dunia. Seperti juga kanak-kanak lain, aku melihat dunia dengan pandangan zahir. Itulah aku disaat itu. Suka meniru apa yang dibuat, suka mengajuk apa yang dicakap. Semakin tahun semakin aku didedahkan tentang erti kehidupan. Apple sentiasa di tangan, sambil tidur sambil mengunyah makanan. Kata adik-beradik aku yang lain aku ni seorang yang sangat manja dengan ma (anak omak). "Bila ma pergi buat haji siapa nak buatkan abe cik milo?" pertanyaan yang pernah aku lontarkan semasa aku dibangku kanak-kanak. Ma masih ingat dailog tu, baru 2 3 minggu yang lepas ma ulang ayat tu masa aku sebut untuk pergi cari kerja di luar negeri bila dah habis belajar nanti. Sambil senyum ma cakap "bukan apa, takut tak ingat family je".

Masuk sekolah rendah di SK Kota aku mula mengaktitifkan diri dengan pelbagai aktiviti yang ada di sekolah (ye ke aktif? Boleh laa). Perkara yang aku tak boleh lupa bila main bola, sumbat gol sendiri huhuu. Eksited sangat masa tu sampai boleh tertukar gol lawan dengan gol sendiri, nasib la sapa jadi group aku. Sekolah rendah banyak meninggalkan kenangan dalam persahabatan. Bagi aku walaupun masa tu kami tidak tahu sepenuhnya erti sebuah persahabatan namun di situlah aku temui keikhlasan dan kejujuran dalam berkawan. Manusia bernama Muhammad Hazimin Bin Ghazali, Kamel dan beberapa teman aku yang lain menjadi neraca untuk aku mencari teman yang benar-benar ikhlas dan jujur dalam dunia yang penuh hipokrasi kini.

Tidak banyak kisah aku di sekolah menengah. Aku lebih suka berdiam diri berbanding bersuara. Aku lebih rela diherdik dari mempertahankan diri. Di sekolah menengah aku terasa diri keldil, sangat-sangat pemalu & penakut (takut dengan bayang-banyang sendiri). Sehinggalah aku memasuki suatu pertandingan Multimedia peringkat sekolah pada tahun 2007. Walaupun hanya mendapat naib johan tapi apa yang lebih aku berpuas hati bila dapat improve diri untuk lebih berkeyakinan dan berani untuk berdepan dengan kelemahan diri. Tahun akhir aku di sekolah tu baru la aku mula aktif sedikit. Banyak benda yang aku berpuas hati dengan perjalanan cerita dan reflective ke atas sesetengah situasi. Betullah orang kata masa yang banyak kadang-kadang tidak memberi banyak manfaat kepada kita, ada kalanya masa yang singkat itu apabila digunakan dengan baik ia akan lebih memberi makna. Umar Abdul Aziz pemerintahannya hanya 2 tahun 5 bulan 5 hari (kalau silap tolong betulkan) saja tapi mempu memberi impact yang besar pada umat manusia.

Kebanyakkan keputusan dalam hidup aku selama ni family yang banyak mengatur. Untuk belajar di mana. Bila berdepan dengan masalah sebegini-sebegini apa yang perlu dilakukan. Kadang-kadang tu masalah aku, family yang tolong tanggung. Aku memang cukup berterima kasih kepada keluarga aku. Namun bermula selepas SPM aku diberi kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dan bertanggungjawap ke atas keputusan yang dibuat. First time dilepaskan sebegitu aku bagaikan orang buta yang tercicir tongkat. Buat tu tak kena, buat ni tak kena, sampai kadang-kadang give up dengan diri.

Pada mulanya aku buat keputusan untuk sambung belajar di Cosmopoint sebab institut tu memang terkenal dengan IT, Graphic & Multimedia. Bila aku apply dan mula belajar di sana memang tak dinafikan sangat-sangat berpuas hati dengan cara pembelajarannya. Tiba-tiba terfikir dengan yuran yang agak mahal berbanding dengan OUM (Open Universiti Malaysia). Lepas 2 minggu belajar aku cabut ke OUM. Di OUM lah semuanya bermula. Sangat-sangat berisiko bila belajar di OUM bagi mereka yang malas study dan tiada disiplin macam aku.

Subjek yang FIRST dan WAJIB belajar di OUM iaitu ODL. Subjek tu memang kena betul-betul mahir. Bukan sekadar untuk jawap exam tapi untuk kehidupan sepanjang mereka bergelar student OUM. Dalam subjek tersebut diterangkan bagaimana cara untuk belajar, disiplin dan manage diri. Alhamdulillah, sedikit sebanyak berkesan untuk membentuk diri yang selama ni kurang hargai benda-benda macam tu. Lebih berkesan bila aku buat keputusan untuk bekerja sebagai 'Pembanci Penduduk 2010'. Terlalu banyak pengalaman yang aku dapat melalui 2 kehidupan.

Seronok dapat jadi pembanci, banyak tempat yang aku kenal, banyak daerah yang aku rantau dan yang paling perit berdepan dengan bermacam jenis ragam manusia. Ada yang sebaik malaikat dan ada yang sejahat tuttttt.. Selalu kita tengok dekat TV je perangai-perangai macam tu, tapi sekarang, ambik kau, terpaksa berkawan dengan orang-orang macam tu. Ada yang baik tu sampai ambilkan rambutan bagi, buat air, hidangkan makanan. Walaupun hanya 30% dapat temui orang-orang macam tu, tapi orang macam tu la yang dapat memujuk hati ni sampai boleh bertahan selama 3 bulan.

Walau bagaimanapun aku bersyukur sebab setiap aturan Tuhan tu ada hikmahnya. Kini aku tidak terkejut dan tidak mudah reaktif bila berjumpa mereka-mereka yang tutttt.. tadi. Tahun lepas memang banyak pengalaman yang aku dapat ambil semasa jadi Pembamci, kerja di ALC, SMO dan partTime2 yang lain. Apa pun jalan cerita kita, sejauh mana pun kita merantau, seramai manapun kenalan dan sekretif manapun kita dalam menyelesaikan masalah, ingat tujuan hidup! kerana kelak kita akan berada di sebuah padang kebenaran, di sana tiada pembohongan yang akan terlepas. Kertas-kertas soalan yang kita jawab di dunia akan dipersoalankan kembali di sana. Jadi coretlah sebaik mungkin setiap helaian sutra putih yang pernah dihadiahkan kepada kita 1 masa dahulu.

Terima kasih bebanyak kepada semua yang bersusah kerana diri ini terutama family la (Abah, Ma, Abe Ju, K.Bi, K.Ti, Abe Zi, K.Jah, Yana and the only one sister Fidah), serta yang ambil berat selama perkenalan, yang wish my bithday dan yang TERlupa nak wish, it's okey kita insan :) Okeylah, selamat menyambut Ramadhan. Jalanilah ibadah puasa dengan sebaiknya, yang lagi 2 hari ingin masuk. Andainya ini Ramadhan terakhir layakkah kita berhari raya? Semoga puasa hari ini memberi lebih makna kepada kita semua, inshaAllah.

Oh ye, lupa nak bagitahu kenapa 29 Julai juga mengingatkan aku tentang sebuah kematian. Malam ketika kami (family) menyambut hari kelahiran aku yang ke 16. Kami dikejutkan dengan panggilan telefon yang menyampaikan berita mengenai bapa saudara (Ayah Ngah) aku yang sedang sakit kuat. Malam tu kami sekeluarga bergegas ke rumah beliau dengan keadaan yang sangat cemas. Namun sayangnya nasib tidak menyebelahi kami, kami tiba setelah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Menurut doktor, Ayah Ngah menghidap penyakit Asma yang kuat. Family kitaorang memang dari keturunan asma. Ramai dari kami yang kena asma, termasuk aku sendiri di waktu bayi dulu. Ma cakap kesian bila tengok aku bernafas tak lepas. Entah la aku pun tak ingat masa tu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah Ayah Ngah yang banyak membantu dan menceriakan kami sekeluarga suatu masa dulu. Al-Fatihah..

No comments: