Dalam kekalutan menyiapkan tugasan seharian, dalam buntunya akal mencari ilham duniawi, dalam kepenatan yang tidak henti-henti menghukum jasad diri, aku duduk sejenak merenung mata hati, melihat ceritera sendiri, memandang apa yang sedang aku lupai. Apa khabarnya iman di sini?.... Dulu masa kat sekolah, cikgu pernah menspesifikasikan jenis iman, katanya “iman yang naik tak turun-turun adalah iman Nabi-nabi, iman yang turun tak naik-naik iman iblis, iman yang tak berubah-ubah iman para malaikat, iman yang turun naik adalah iman manusia”
Dalam menyedari iman manusia yang bersifat changeable disebabkan kelakuan mahupun kealapaan diri, aku cuba menjenguk sekejap apa yang sedang berlaku…. Hakikatnya dosa itu sentiasa mengendap mangsa, menunggu masa menghapus pahala.. Pahala pula sering merayu jiwa, jangan dikesal jangan dilupa, Allah itu Maha Pemurah lagi mulia, Maha Mendengar dan sentiasa peka, jangan risau kalau manusia takde, kerana Allah setia bersama.
Indah bunyinya irama zikir bersulam pahala, buruknya lukisan bila kanvas berconteng dosa, sama-samalah kita ingat hidup ini tak lama, esok lusa belum tentu ada, kejap lagi pun tak yakin masih bisa ketawa, sama-samalah kita buat apa yang sepatutnya. Semoga apa yang kita lakukan diredhaiNya, inshaAllah
“Jangan (Ya Allah) biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pantas dari itu.”
No comments:
Post a Comment