Thursday, September 22, 2011

Our Blood Flow (Mcfly in Clinic)

Tahukah kita darah manusia bergerak dan mengalir melalui salur darah yang dipanggil vena, arteri dan kapilari. Umumnya kandungan darah manusia adalah sebanyak 5 liter, dan kandungan air di dalam darah adalah 80%. Jadi, apabila kita kekurangan air maka darah pun akan menjadi pekat.

Seluruh badan kita mempunyai salur darah, sama ada yang bersaiz besar, kecil, panjang dan pendek. Salur darah inilah yang membawa darah untuk membawa tubuh badan kita zat dan nutrien, mengangkut oksigen, darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik, dadah, dan bahan kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan sebagai air kencing.

Bagaimana sumbatan salur darah boleh berlaku?

Terdapat 4 faktor, iaitu makanan dan minuman yang tinggi bahan kimianya, persekitaran dan udara yang tercemar, tekanan ditempat kerja dan di rumah, serta kurangnya aktiviti bersenam yang boleh mengeluarkan peluh.

Keempat-empat faktor ini yang menyumbang kepada darah menjadi berasid, kotor dan pekat. Apabila ini berlaku, darah yang melalui salur darah akan membuatkan alirannya perlahan akan mendap dan menempel di salur darah yang kelamaannya akan menjadi plak-plak kolestrol.

Kadang-kadang ia akan menjadi darah beku yang akan menghalang darah untuk mengalir. Senario inilah yang dipanggil penyempitan dan sumbatan salur darah. Bayangkan, jikalau sumbatan ini berlaku di jantung dan otak kita. Sedangkan kedua-dua organ ini sangat penting di dalam kehidupan kita. Tanpanya tidak mungkin kita akan hidup.

Apabila berlakunya gangguan pada otak, apa yang terbayang di fikiran kita adalah kelumpuhan dan kematian. Gangguan pada otak adalah dimana tersumbatnya salur darah di otak dan pecahnya salur darah tersebut. Hanya pembedahan sahaja merupakan jalan terakhir bagi menyelamatkan nyawa.

Jadi sama-samalah kita cuba menjaga kesihatan selagi ianya masih berpeluang. Bak kata orang cerdik pandai “Mencegah itu lebih baik dari mengubati”.


"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." [Hadis Riwayat Bukhari]

No comments: