Tuesday, May 18, 2010

Bertemu Untuk Diduga

Semalam lewat malam baru dapat aku lelapkan mata. Entah kenapa perasaan berdebar menguasai fikiran menyebabkan sukar untuk aku menutupkan mata dan meninggalkan segala yang bermain di minda. Alhamdulillah dengan dorongan Abah, Ma, Abe Ju dan Abe Zie mampu melapangkan sikit beban yang dikendong akal dan perasaan. Sampai sahaja di tingkat 5 aku diminta duduk di bangku yang disediakan. Aku pun tak pasti kenapa perasaan berdebar mampu dikurangkan sedikit. Tiba-tiba datang seorang yang macam aku pernah jumpa tapi kurang pasti siapa. Bila dia perkenalkan diri baru la aku terlintas yang aku pernah bertemu dengannya ketika kerja dengan abah aku dulu.

Kami sempat berbual-bual untuk menghilangkan gementar. Sambil menghilangkan boring aku membelek-belek buku ‘Qiasah’ yang diterbitkan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Grafik dan persembahan buku Qiasah itu amat mengagumkan aku. Isi kandungnya juga tidak kurang hebatnya banyak unsur-unsur ilmiah yang diterapkan. Ketika sedang asyik membaca buku Qiasah aku terdengar deringan message Cik Nor dari Mesir. Dia memberi kata-kata semangat dan nasihat. Thanks budak mesir, walaupun kat sana dah pukul 2.56 a.m tapi masih ingat kat seteru awak di sini heheee. Masa berlalu pantas, aku mengambil tempat ke2 untuk diduga. Setiap satu persatu soalan yang diajukan aku jawab sejujurnya. Lebih kurang 8 minit aku berada di bilik mesyuarat utama, dan akhirnya selesai sudah sesi temuduga tersebut.

Apa yang terlintas di jenak pemikiran ketika debaran yang tak terkawal, bagaimana sekiranya aku berada di padang mashar nanti. Ini baru bertemu manusia biasa yang mempunyai pangkat, tu pun berdebar macam nak luruh jantung. Ia tidak mampu dijawab oleh akal dan tidak terlintas di fikiran. Sabda Rasulullah yang bermaksud "Sesungguhnya manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan terlanjang, sebagaimana lahirnya bayi daripada perut ibunya" Pada suatu ketika, Aishah bertanya kepada Nabi. Katanya, "Adakah lelaki dan perempuan berkumpul bersama di ketika itu, ya Rasulullah?" Maka Nabi pun menjawab, "Memang benar, wahai Aishah. Semuanya akan dikumpulkan bersama." Aishah berkata lagi, "Alangkah malunya aku wahai Rasulullah kerana kemaluan kita akan dapat dilihat di antara satu sama lain."

Kemudian Rasulullah berkata sambil menepuk-nepuk bahu Aishah, "Wahai Aishah, sesungguhnya pada hari itu, manusia berada dalam keeadaan yang amat sibuk dan tidak mempunyai ruang waktu untuk melihat kemaluan orang lain. Semuanya akan memandang ke langit. Mereka akan berdiri di situ selama empat puluh tahun lamanya dengan tidak makan dan tidak minum. Keadaan mereka amat menyedihkan kerana mereka berada dalam keadaan kehairanan dan ketakutan. Dikatakan bahawa ada kalangan mereka peluhnya mengalir sampai betis, ada yang sampai ke perut, ada yang sampai ke mulut. Keadaan ini berlaku kerana terlalu ramai dan mereka berdiri terlalu lama."

Begitu dasyatnya gambaran yang diberi nabi kepada kita ketika bertemu Allah kelak. Mampukah aku bertemuNya nanti dengan keadaan tenang dan tenteram. Hanya Dia yang Maha Mengetahui yang mampu menjawabnya.

2 comments:

fAriHaH said...

huhu..walaopon saya seteru awak,tapi ade perasaan jugok seteru ni pon..gud job boy!semoga dapat khabar gmbira..:D

from firdaus to hafiz said...

hehhhehh