
Imam Malik atau nama sebenarnya Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-Asbahi. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95 H/712 M dan wafat tahun 179 H/796 M ketika berumur 84 tahun dan dikebumikkan di perkuburan Baqik. Beliau mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak, 3 lelaki dan seorang perempuan. Anak perempuannya bernama Fatimah. Manakala anak-anak lelakinya bernama Muhammad, Hammad dan Yahya.
Keluarga atau keturunannya berasal dari Yaman. Moyangnya berpindah ke Madinah dan menganut Islam pada zaman Rasulullah. Imam Malik adalah pengasas mazhab Maliki. Imam Malik daripada generasi tabie tabi’in iaitu satu generasi yang tidak sempat bertemu dengan sahabat Rasulullah. Hanya sempat berjumpa dengan generasi tabi’in iaitu mereka yang sempat berjumpa dengan sahabat Rasulullah SAW sahaja. Beliau hidup pada zaman sembilan orang khalifah bani Umaiyah dan 5 orang khalifah bani Abbasiyah. Bermula dari zaman khalifah al-Walid bin Abdul Malik (95 Hijrah) sampai ke zaman Khalifah Harun al-Rasyid (179 Hijrah).
Terlalu banyak cerita yang menarik dalam novel ‘Imam Malik Pengarang Kebenaran’ ini, namun hanya 2 kisah yang aku ingin kongsikan di sini. Ia mengenai ketegasan Imam Malik demi menegakkan kebenaran. Pada suatu hari Shobiyah hadir dalam satu majlis ilmu Imam Malik. Shobiyah ialah seorang pengajar seperti Imam Malik tetapi disebabkan kelas pengajiannya tidak mendapat sambutan seumpama Imam Malik maka tibul rasa dengki dan cemburu dalam hatinya. Beliau cuba menghasut orang ramai supaya membenci Imam Malik tetapi tidak berjaya. Kedatangannya majlis ilmu Imam Malik bukan untuk belajar tetapi hendak mencari kesilapan Imam Malik. Kebetulan hari itu Imam malik membincangkan pelajaran mengenai bab nikah khawin.
Seorang pelajar bertanya kepada Imam Malik “Tuan Imam, apakah hukumnya sekiranya seorang suami dipaksa menceraikan isterinya”. Imam Malik menjawab “Tidak sah talak orang yang dipaksa,” pelajarnya bertanya lagi “Tuan Imam, selain talak, apakah sah sekiranya dipaksa?” maka imam Malik menjawab “Apa-apa sahaja yang dipaksa hukumnya tidak sah,” “Kami dipaksa oleh khalifah Abu Jaafar al-Mansur supaya taat setia kepadanya? Adakah salah sekiranya kami membatalkan perjanjian itu” tanya lelaki itu lagi “Kamu membuat perjanjian itu dengan paksaan dan orang yang dipaksa tidak diterima sumpahnya,” jawab imam malik, jujur seorang ulama.
“Tuan Imam, bagaimana pula sekiranya seorang khalifah itu dilucutkan kuasanya secara terpaksa lalu diganti dengan orang lain?” tanya Yazid salah seorng pelajarnya daripada kerabat bani Umaiyah. Dia sengaja menyentuh perkara itu kerana sakit hati dengan khalifah bani Abbasiyah yang merampas kuasa daripada khalifah bani Umaiyah.
“Apa-apa sahaja perkara yang dipaksakan adalah tidak sah,” jawab Imam Malik dengan jujur. Jawapan imam malik itu menimbulkan kemarahan Syobiyah lalu bertanya. “Apakah ini majlis pengajian ilmu atau politik?” “Ilmu dan politik tidak dapat dipisahkan. Keduanya berhubung kait antara satu sama lain,” jawab pelajar daripada bani Umaiyah itu. “Tidakkah kamu tahu Tuhan itu maha berkuasa? Dia menjatuhkan khalifah yang zalim iaitu bani Umaiyah diganti dengan khalifah yang adil iaitu bani Abbasiyah?” Tanya Syobiyah pula.
“Khalifah bani Umaiyah dan khalifah bani Abbasiyah sama sahaja kezaliman mereka, kerana itu kami benci mereka!” teriak yang lain pula. Keadaan menjadi bising apabila berlaku perdebatan di kalangan mereka. Dengan rasa tidak puas hati Syobiyah keluar dari majlis ilmu itu lalu menemui ganenor Madinah dan mengadukan hal tersebut kepada gebenor Madinah. Gebenor memberi tempoh selama 3 hari untuk Imam Malik menarik kembali fatwa yang dibuat. Dalam tempoh tersebut Imam Malik tidak dibenarnya keluar rumah walaupun untuk pergi sembahyang berjemaah. Namun Imam Malik tetap dengan pendiriannya iaitu tidak akan menarik kembali fatwa tersebut.
Dengan perasaan marah gebenor memerintah pegawai menangkap Imam Malik kemudian diikat kaki dan tangannya. Kemudian diletakkan di atas unta dan diheret mengelilingi kota Madinah dan memberitahu orang ramai “inilah ulama pendusta!”. Tidak cukup dengan itu Syobiyah memukul Imam Malik dengan sebatang tongkat sehingga menyebabkan beliau pengsan. Di badannya terdapat 70 kesan pukulan hingga salah satu tulang rusuknya cedera teruk.
Bersambung.........
2 comments:
nicely written :)
btw, farihah cakap dia sakit. kena inject 5 dos.
tangan dia kena pasang canula dah.
doakan dia :D
Ooo.. InsyaAllah. However thanks for komentar ^^
Post a Comment