Wednesday, April 9, 2014

Mcfly in Work

Sudah lama ingin menulis dairi di alam pekerjaan, namun masa begitu pantas berputar membuatkan aku hidup dalam sedar dan tidak sedar, sehingga kadang-kadang terus hayut dengan merelakan diri dibawa arus masa. Sedar tidak sedar esok sudah pun hari khamis. Hari yang sangat cool! untuk pekerja-pekerja di Kelantan.

Mengimbau kembali 6 tahun yang lalu, aku mula belajar bekerja dengan abah sebagai wireman. Iaitu semasa menunggu result SPM. Pada mulanya aku kurang berminat dengan wire mengwire ni, sebab agak susah, nak kena paku casing, pahat simen, salah pasang rosak barang orang, tersalah pegang kita yang kena renjatan elektrik.

Tapi, ingat ingin tolong abah, sambil-sambil malas pergi la juga. Tapi tang perkhidmatan lain best! Abah selalu bawa pergi makan kat kedai-kedai sebelum mula kan tugas. Lagi pun abah selalu jer bayar kat anak dia sorang ni, dan aku mula malu-malu P. Ramle, (saya bilang tak payah cik salmah, hahaa..) tak tergamok boh bila besar ni, kalu kecik-kecik dulu ye, selalu ambik upah bila tolong basuh kereta abah.

Lama kelamaan aku mula berminat untuk belajar dengan lebih detail pasal elektrik, untuk manfaat di masa hadapan aku jugak. Selepas aku menyambung pelajaran kat university yang sangat open di Malaysia ni iaitu OUM (Open University Malaysia), aku mula bekerja di sebuah Cyber Cafe untuk menambahkan sedikit pengalaman mengenai komputer. Aku tidak lama di situ disebabkan masalah-masalah yang tidak dapat dielak.

Tahun 2010 aku dipelawa oleh abang ipar aku untuk bekerja sebagai pembanci penduduk, alhamdulillah dapat kerja kontrak selama 3 bulan. Kerja pembanci paling banyak aku belajar ilmu berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Sambil-sambil itu bekerja di part time di OUM, untuk pendaftaran, penyerahan modul, pengawas peperiksaan (ini semasa aku belum jadi student di OUM lagi, jangan salah sangka yer.. bukan aku periksa aku jaga diri sendiri ^^) Belajar sambil bekerja memang sangat memenatkan bagi orang yang baru dalam dunia sebegini. Habis kontrak sebagai pembanci.

Aku bekerja sebagai Pereka Grafik di sebuah syarikat percetakkan. Agak seronok bila bekerja dengan apa yang kita minat. Namun lama kelamaan, kerja yang semakin bertimbun, sehingga selama sebulan aku terpaksa pergi pagi balik tengahmalam, cuti pula hanya sehari. Masa tu aku memang tak ada masa untuk belajar. Balik tengah malam kalau buka buku pun, buku yang baca aku. Last sekali aku buat keputusan berhenti kerja disebabkan situasi yang tidak mampu aku elak. Sempat la ambil pengalaman selama 2 bulan. Dan, laptop lenovo ini sebagai kenangan aku berpenat lelah di situ.

Lama di dalam kebingungan aku cuba beralih arah, bekerja luar dari bidang aku, iaitu membuat roti di kedai bakery kakak dan abang ipar. Mula-mulanya aku hanya tolong-tolong jer, tapi macam mana entah boleh terjebak dalam bidang membuat roti. Ada la ilmu membuat roti tu sikit-sikit. Sedang asyik membuat roti, tiba-tiba ada panggilan daripada Yayasan Islam Kelantan, yang menyuruh aku menghadiri sesi temuduga untuk jawatan juruteknik komputer. Aku confius sebenarnya, bila masa aku apply job tu, tapi bila aku check email-email yang pernah aku hantar rupanya resume tu aku hantar 5 bulan yang lepas. Betullah apa yang pernah diberitahu Saidina Umar Al-Khattab:

“No amount of guilt can change the past & no amount of worrying can change the future. Go easy on yourself, for the outcome of all affairs is determined by Allah's decree. If something is meant to go elsewhere, it will never come your way, but if it is yours by destiny, from you it cannot flee.”
[Umar Al-Khattab RA]

“Sebanyak mana sekalipun kita menyesal/rasa bersalah tentang silap, kita tetap tidak akan mampu mengubah masa lampau kita, dan tidak kira sebanyak mana sekalipun kebimbangan, kita tetap tak akan mampu mengubah masa hadapan. Jangan bebankan diri dengan penyesalan & kebimbangan yang terlampau, kerana setiap sesuatu sudah ditentukan Allah. Jika sesuatu itu memang bukan untuk kita, so dia tetap tak akan datang pada kita, dan jika sesuatu tu memang sudah di takdirkan untuk kita, ia tetap takkan lari dari kita, tetap akan jadi milik kita.”

Dan sekarang alhamdulillah, aku bekerja di Yayasan Islam Kelantan yang suasananya pernah menjadi impian dan gambaran buat aku sebelum ini.. Aku pernah bekerja ditempat yang panas, di dapur, di atas atap, aku juga pernah bekerja di tempat yang sejuk. Aku pernah bekerja di tempat yang rehat hanya untuk makan, minum dan solat, aku juga pernah bekerja ditempat kerja yang kadang-kadang sehari tu takde kerja. Semua itu menjadi asam garam kehidupan, yang membuatkan aku rasa, inilah kehidupan, tidak perlu aku terlalu sedihkan, tidak perlu aku terlalu gembira. Kerana semua akan datang dan pergi. Apa yang penting kita menikmati setiap celupan yang Allah takdirkan untuk kita ketika itu, kerana aku tahu dan yakin, Dia (Allah), tak akan pernah menganiaya hamba-hambaNya.

Terima kasih Allah, terima kasih untuk sebuah kehidupan yang penuh dengan warna-warni, yang padat dengan ibrah, untuk aku terus gagah dalam melakar impian aku yang seterusnya.


When I was just a little boy
I asked my mother
What will I be
Will I be handsome
Will I be rich
Here's what she said to me

Que sera, sera
Whatever will be, will be
The future's not ours to see
Que sera, sera
What will be, will be

When I grew up and fell in love
I asked my sweetheart
What lies ahead
Will we have rainbows
Day after day
Here's what my sweetheart said.. (Chorus)

Now I have Children of my own
They ask their father
What will I be
Will I be handsome
Will I be rich
I tell them tenderly.. (Chorus)

2 comments:

Unknown said...

terbaik awk. mmbuat sya trfikir sesuatu tntg kerjaya dan masa depan yg blom pasti :)

mcfly said...

Thanks, just berkongsi pengalaman hidup.. Bila tukar profile tu xprasan..